Wednesday 4 May 2011

Kenapa Litchin Fiber Terbaik untuk Usus??

Apa itu Fiber?
Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Siapakah memerlukan fiber?

Setiap orang memerlukan fiber tiap-tiap hari, terutamanya pesakit diabetis, orang yang berlebihan berat badan dan obesiti.
Bilakah akan timbulnya kesan tindakbalas selepas pengambilan De Bella Litchin- Fiber?
Secara umumnya, selepas mengambil Litchin Fiber selama 8-12 jam, akan timbul keperluan untuk membuang air besar. Namun, hal ini tertakluk kepada keadaan tubuh badan masing-masing. Dan kebiasaannya najis yang sihat itu adalah najis yang bercirikan seperti najis yang timbul dan berwarna kekuningan. Jikalau tenggelam dan berwarna kehitaman adalah penunjuk bahawa usus seseorang itu tidak berada dalam sihat a.k.a usus bermasalah.

No comments:

Post a Comment